BUDI BAHASA CERMINAN BUDAYA DAN BANGSA MELAYU

BAHASA JIWA BANGSA

Tuesday, 9 April 2013

HIASAN SUDUT KELAS

Kad-kad bacaan antara bahan-bahan yang sesuai untuk diletakkan di sudut kelas. Kad yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk dapat menarik minat pelajar untuk membaca.

 

 


 



PERTANDINGAN PANTUN

Menurut buku GLOSARI ISTILAH KESUSASTERAAN Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbitan 1988; PANTUN sejenis puisi tradisi Melayu, iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum tahu membaca atau menulis (digunapakai: bualan secara lisan dan hafalan). Pantun pada masa itu, menjadi pengucapan bagi menyampaikan fikiran yang hiba, sedih, sayu, gembira, rindu dendam dan lain-lain, terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara.

Dari segi bentuk fizikal, pantun terdiri dari dua bahagian; bahagian pertama berfungsi sebagai pembayang maksud/sampiran, dan bahagian kedua berfungsi sebagai menerangkan maksud atau isi pantun. Pantun terdiri daripada: dua baris; dikenali (Pantun Dua Kerat), empat baris; (Pantun Empat Kerat atau pantun biasa); enam baris; (Pantun Enam Kerat), lapan kerat; (Pantun Lapan Kerat), sepuluh kerat; (Pantun Sepuluh Kerat), dua belas baris; (Pantun Dua Belas Kerat), empat belas baris; (Pantun Empat Belas Kerat)

Rima hujungnya baris pantun terdiri dari (aa) bagi pantun dua kerat; (abab) bagi pantun empat kerat; (abcabc) bagi pantun enam kerat, (abcdabcd) bagi pantun lapan kerat; (abcdeabcde) bagi pantun sepuluh kerat; (abcdefabcdef) bagi pantun dua belas kerat; dan (abcdefgabcdefg) bagi pantun empat belas kerat.

Antara pantun yang tersebut di atas, pantun empat keratlah yang paling popular. Ia dianggap sebagai pantun biasa dan paling banyak dicipta dari dahulu hingga sekarang. Ia juga mempunyai bentuk fizikal seperti yang tersebut di atas iaitu: baris pertama dan kedua sebagai pembayang maksud atau sampiran; baris ketiga dan keempat mengandungi maksud atau isi. Rima akhir barisnya ialah (abab), dengan jumlah suku kata bagi tiap barisnya antara lapan, dua belas dan lain-lain.





Pertandingan Pantun Daerah Hilir Perak



Thursday, 28 March 2013

KEMAHIRAN MEMBACA

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui.

Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan).

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak.

Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.

 


BAHAN BANTU MENGAJAR

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu  pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, “kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”  Atan Long ( 1982: 174 ),“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).




Friday, 22 March 2013

APA ITU PROGRAM LINUS ?

LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening). LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Faktor Utama Untuk Memastikan Kejayaan LINUS

1. Guru pemulihan LINUS (1:15 murid) 
2. Mewujudkan jawatan Fasilinus di PPD (1:30) 
3. Semua sekolah mesti menyertai Program LINUS ini. 
4. Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-
    perkhidmatan. 
5. Pemantauan berterusan oleh pihakKPM/JPN/PPD/SEKOLAH.




Tuesday, 19 March 2013

KELAS CERIA

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang, 2008).

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. 

Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.



DUNIA SENI VISUAL KANAK-KANAK

Guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni akan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990); ”making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education : each Is important in itself”.

Seni, mengajar seseorang individu agar bersabar, dan terus berusaha dalam mata pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan memberi ruang untuk ekspresi diri tetapi perlu juga berdisiplin dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang kita ketahui selain kekuatan yang ada dalam mata pelajaran seni ini, ia juga merupakan satu mata pelajaran yang ’adventure’ atau mencabar dan indah. Justeru, seni perlu kepada seseorang yang kebal dengan kritikan.

John Adams (2000) pernah menyatakan bahawa seseorang individu itu sering berkonflik dengan keinginan diri sendiri dan kita semua sering mengaitkannya dengan wang ringgit dan kehendak diri. Pada pendapat kita apa-apa yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah tidak berguna. Tetapi seni merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang patut dipelajari. Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni di sekolah.

Lihat anak-anak murid ini...seronoknya mereka dengan hasil seni masing-masing....