Dari segi bentuk fizikal, pantun terdiri dari dua bahagian; bahagian pertama berfungsi sebagai pembayang maksud/sampiran, dan bahagian kedua berfungsi sebagai menerangkan maksud atau isi pantun. Pantun terdiri daripada: dua baris; dikenali (Pantun Dua Kerat), empat baris; (Pantun Empat Kerat atau pantun biasa); enam baris; (Pantun Enam Kerat), lapan kerat; (Pantun Lapan Kerat), sepuluh kerat; (Pantun Sepuluh Kerat), dua belas baris; (Pantun Dua Belas Kerat), empat belas baris; (Pantun Empat Belas Kerat)
Rima hujungnya baris pantun terdiri dari (aa) bagi pantun dua kerat; (abab) bagi pantun empat kerat; (abcabc) bagi pantun enam kerat, (abcdabcd) bagi pantun lapan kerat; (abcdeabcde) bagi pantun sepuluh kerat; (abcdefabcdef) bagi pantun dua belas kerat; dan (abcdefgabcdefg) bagi pantun empat belas kerat.
Antara pantun yang tersebut di atas, pantun empat keratlah yang paling popular. Ia dianggap sebagai pantun biasa dan paling banyak dicipta dari dahulu hingga sekarang. Ia juga mempunyai bentuk fizikal seperti yang tersebut di atas iaitu: baris pertama dan kedua sebagai pembayang maksud atau sampiran; baris ketiga dan keempat mengandungi maksud atau isi. Rima akhir barisnya ialah (abab), dengan jumlah suku kata bagi tiap barisnya antara lapan, dua belas dan lain-lain.
Pertandingan Pantun Daerah Hilir Perak
No comments:
Post a Comment