Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat
bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar
memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan
sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, “kita tidak
dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik
menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah
pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.” Atan
Long ( 1982: 174 ),“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh
disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau
dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya
dinamakan BBM.”
Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman
(Omardin Ashaari, 1999).
No comments:
Post a Comment