Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana
interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada
tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari
segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang, 2008).
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan
peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai
peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja
dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang dihiasi dengan penyediaan
bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta
dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik
darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah
berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.
No comments:
Post a Comment